Pasangan dagangan bagi mata wang EUR / USD telah sedikit impulsif dalam kecenderungan penurunan harga baru-baru ini yang membuat harga terus berada berhampiran kawasan sokongan dari 1.1600 sehingga 50. Selepas kenaikan kadar oleh Fed AS dari 2.00% sehingga 2.25% padaminggu lepas, USD memperoleh momentum yang baik berbanding EUR dengan segera. Walau bagaimanapun, USD sedang bergelut untuk keuntungan di tengah-tengah laporan ekonomi yang lemah dari Amerika Syarikat. Oleh itu, keuntungan USD adalah dijangka agak pendek pada hari-hari yang akan datang.
Minggu ini kalendar ekonomi mengandungi beberapa laporan dari zon Eropah. Oleh itu, EUR dapat mencari sokongan yang baik terhadap USD. Laporan Jualan Runcit Jerman hari ini diterbitkan dengan kenaikan kepada -0.1% dari nilai sebelumnya iaitu sebanyak -1.1% tetapi kurang daripada jangkaan sebanyak 0.4%, PMI Pembuatan Sepanyol menurun kepada paras bacaan sebanyak 51.4 daripada angka sebelumnya iaitu sebanyak 53.0 yang dijangka berada pada paras bacaan sebanyak 52.7 , PMI Pembuatan Akhir EURO juga diterbitkan dengan penurunan kepada paras bacaan sebanyak 53.2 yang dijangka tidak berubah pada paras bacaan sebanyak 53.3 tetapi Kadar Pengangguran Bulanan Itali mempunyai kesan positif menurun kepada 9.7% daripada nilai sebelumnya 10.2% yang dijangka meningkat kepada 10.5%.
Sebaliknya, sebelum laporan NFP pada minggu ini, USD dijangka dalam keadaan yang tidak menentu dengan kenaikan yang akan datang. Berikutan daripada senarai gaji bukan ladang AS adalah dijangka menunjukkan penurunan dalam pekerjaan sektor swasta, USD boleh kehilangan bebrapa kedudukan pada minggu ini. Hari ini laporan PMI Pembuatan ISM Amerika Syarikat (AS) akan diterbitkan yang dijangka berkurangan kepada paras bacaan sebanyak 60.1 daripada angka sebelumnya iaitu sebanyak 61.3, PMI Pembuatan Akhir dijangka tidak berubah pada paras bacaan sebanyak 55.6, Perbelanjaan Pembinaan adalah dijangka meningkat kepada 0.5% daripada nilai sebelumnya iaitu sebanyak 0.1%, dan Jumlah Jualan Kenderaan dijangka meningkat sedikit kepada 16.8 juta berbanding angka sebelumnya iaitu sebanyak 16.7 juta.
Sementara itu, EUR mempunyai peluang yang lebih baik untuk menegaskan kekukuhan berbanding USD, manakala USD mungkin mengalami lebih buruk daripada data ekonomi dalam proses itu. Walaupun data penting dari Amerika Syarikat (AS) adalah dijangka lewat pada minggu ini, jangkaan berhati-hati boleh mengakibatkan kecenderungan menaik di pasaran untuk hari-hari yang akan datang.
Sekarang mari kita melihat kepada pandangan teknikal. Pasaran dagangan harga kini berada di atas kawasan 1.1600 selepas menolak sokongan Garisan Aliran Jun 2018 baru-baru ini yang dijangka membawa kepada momentum kenaikan harga yang lebih tinggi dalam pasangan yang membawa harga ke arah kawasan rintangan 1.1750 sehingga 1.1800. Berikutan daripada harga kekal di ata kawasan 1.1600 dengan sesi penutupan harian, kecenderungan kenaikkan adalah dijangka berterusan.
SOKONGAN: 1.1600, 1.1500
RINTANGAN: 1.1650, 1.1750, 1.1800
KECENDERUNGAN: MENAIK
MOMENTUM: VOLATILITI