Kami telah melihat rali yang baik dalam pembetulan harga rendah pasangan mata wang EUR/JPY pada tahap 131.18. Walau bagaimanapun, kami masih memerlukan penembusan harga di atas tahap rintangan kecil 132.52 untuk mengesahkan bahawa gelombang biru (4) telah berakhir dan gelombang biru (5) ke tahap 134.04 sedang membangun.
Sokongan jangka pendek dilihat terletak pada tahap 131.70 dan jika ditembusi, harga akan bergerak lebih rendah di bawah tahap 131.57. Secara idealnya, zon sokongan antara tahap 131.57 - 131.70 berupaya melindungi aliran menurun untuk menembusi di atas tahap 132.52 yang mengesahkan rali impulsif seterusnya ke arah tahap 134.04.
R3: 133.13
R2: 132.52
R1: 132.25
Pangsi: 131.97
S1: 131.70
S2: 131.57
S3: 131.43
Cadangan Perdagangan:
Kami meletakkan pesanan membeli EUR dari tahap 129.11 dan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 130.85. Sekiranya anda masih lagi belum mengambil pesanan membeli EUR, maka adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli berhampiran pada tahap 131.70 atau sebaik sahaja harga menembusi di atas tahap 132.52 dengan menetapkan kedudukan stop loss pada tahap yang sama, iaitu pada tahap 130.85.