Analisis Teknikal EUR/USD untuk 08 Oktober, 2018

Gambaran Keseluruhan:

Pasangan mata wang EUR/USD meneruskan dagangan menurun dari zon 1.1620 dan 1.1559. Pasangan mata wang ini turun dari tahap 1.1620 menghampiri ke tahap 1.1500 yang bertepatan dengan Fibonacci 38.2% pada carta harian. Hari ini, rintangan dilihat terletak pada tahap 1.1559 dan 1.1620. Oleh yang demikian, kami menjangkakan bahawa harga telah ditetapkan di bawah rintangan yang kuat pada tahap 1.1620 dan 1.1559; sebagaimana harga kini berada dalam saluran penurunan harga. RSI mula menunjukkan aliran menurun. Oleh itu, pasaran berkemungkinan besar akan menunjukkan tanda-tanda aliran menurun. Justeru itu, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap 1.1559 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 1.1422 dan seterusnya ke tahap 1.1360 untuk menguji sokongan harian. Sekiranya pasangan mata wang USD/CHF ini berjaya menembusi sokongan harian yang terletak pada tahap 1.1559, pasaran berkemungkinan besar akan meneruskan dagangan menurun sehingga ke tahap 1.1422 untuk mendekati sokongan 2 pada hari ini. Walau bagaimanapun, harga 1.1620 dan 1.1559 kekal sebagai zon rintangan yang ketara. Oleh itu, aliran harga masih melemah selagi tahap 1.1620 ini tidak ditembusi.