Baru-baru ini, pasangan mata wang GBP/JPY telah diniagakan dalam aliran menurun. Harga dilihat telah menguji tahap 147.70. Berdasarkan kepada carta 1H, saya mendapati bahawa terdapat penembusan harga pada garis aliran sokongan, yang merupakan isyarat bahawa penjual sedang mendominasi pasaran. Saya juga menemui potensi pembentukkan gelombang C (dari ABC mendatar), yang merupakan isyarat lain untuk penurunan harga. Saya mengesyorkan kepada para pedagang untuk memerhatikan peluang mengambil pesanan menjual yang berpotensi. Sasaran untuk aliran menurun ditetapkan pada tahap 146.80 (Lanjutan Fibonacci 100%) dan tahap 145.10 (Lanjutan Fibonacci 161.8%)