Emas diniagakan lemah pada Isnin dan jatuh menghampiri ke arah tahap sokongan $1,180. Emas kekal berada di dalam saluran penurunan harga dan julat dagangan jangka pendek. Rintangan utama yang terletak pada tahap $1,205-11 kekal mengukuh dan selagi emas diniagakan di bawah tahap tersebut, ini adalah tidak baik untuk aliran menaik.
Garis merah - saluran penurunan harga
Garis biru - julat dagangan jangka pendek
Emas telah diniagakan dalam saluran penurunan harga untuk beberapa ketika. Penembusan harga di atas zon rintangan $1,205-11 akan menjadi penembusan harga yang hebat. Harga kemudiannya dijangka akan bergerak sekurang-kurangnya ke arah kawasan $1,220-40 jika tidak lebih tinggi lagi. Sebaliknya, jika harga jatuh di bawah tahap $1,180 dan kekal di bawah tahap tersebut, senario kenaikkan harga akan dibatalkan.