Pasangan mata wang EUR/USD membuat corak harga rendah baru semalam pada tahap 1.1432, begitu hamoir dengan kawasan sasaran kami iaitu 1.14-1.1420. Pasangan mata wang EUR/USD dilihat melantun di atas tahap 1.15 selepas itu. Terdapat kebarangkalian yang tinggi bahawa aliran penurunan harga telah berakhir dan aliran menaik baru telah bermula. Walau bagaimanapun, kami memerlukan lebih banyak isyarat untuk kenaikkan harga.
Garis oren - rintangan kekuatan sederhana
Garis merah - rintangan kekuatan maksimum
Berdasarkan kepada carta 4 jam, seperti yang ditunjukkan di atas, pasangan mata wang EUR/USD ini telah menghentikan kenaikannya pada tahap rintangan kekuatan sederhana 1.1520-1.1530. Aliran menaik perlu menembusi dan menutup hari ini sekurang-kurangnya di atas tahap ini. Walau bagaimanapun, rintangan jangka pendek yang paling penting adalah di kawasan harga 1.1560-1.1570. Untuk mendorong harga diniagakan rendah dan pembalikan harga berlaku, aliran menaik perlu menembusi tahap ini. Jika tidak, penolakan lain pada tahap semasa akan membawa pasangan mata wang EUR/USD ke tahap rendah baru lebih hampir dengan sasaran awal 1.14-1.1420. Pasangan mata wang EUR/USD kini menghampiri penghujung aliran menurun. Saya tidak percaya ini adalah masa penurunan harga EUR/USD untuk lebih daripada satu hari.