Emas kekal diniagakan dalam julat dagangan $1,180- $ 1,210. Harga dilihat berusaha untuk membentuk corak harga tinggi yang lebih tinggi dan corak harag rendah yang lebih tinggi. Aliran menaik diramalkan akan mencapai tahap $1,220-40 sekiranya ia berjaya menembusi tahap $1,207-11. Sokongan telah ditembusi namun penembusan harga di bawah $1,183 akan menjadi isyarat penurunan harga dan menolak emas ke tahap yang lebih rendah sekurang-kurangnya ke $10.
Garis hijau - saluran penurunan harga jangka panjang
Garis merah - julat dagangan
Emas telah menembusi saluran penurunan harga jangka panjang, harga perlu diniagakan di atas $1,211 untuk membuat lantunan kuat yang lebih tinggi. Selagi harga diniagakan di bawah tahap $1,211, masih terdapat kemungkinan untuk emas menolak ke tahap rendah baru. Sokongan didapati terletak pada tahap $1,183. Rintangan masing-masing terletak pada tahap $1,207 dan $1,211.