Tahap Teknikal Urusniaga Harian dan Cadangan Perdagangan EUR/USD untuk 11 Oktober, 2018

Berdasarkan kepada carta mingguan, pasangan mata wang EUR/USD ini menunjukkan corak pembalikkan 'Head and Shoulders' dimana bahagian kanan bahu sedang dalam proses (graflilin penyelubungan penurunan harga semasa mingguan).

Pada 10 September lalu, tahap harga 1.1500 telah menawarkan pemulihan kenaikkan sementara. Satu lagi pergerakan kenaikkan telah ditunjukkan ke arah had atas julat harga (1.1750). Walau bagaimanapun, aliran menaik EUR/USD gagal diteruskan ke arah sasaran kenaikan harga yang lebih tinggi.

Sebaliknya, penolakan penurunan harga jelas ditunjukkan pada carta harian. Pergerakan menurun baru-baru ini sedang berlaku ke arah tahap 1.1520 (had lebih rendah pada julat pengukuhan).

Untuk membolehkan pasaran penurunan harga menjadi dominan, pasangan mata wang EUR/USD sepatutnya dapat menolak di bawah tahap 1.1520.

Walau bagaimanapun, minggu ini, isyarat awal pemulihan kenaikkan telah ditunjukkan di sekitar tahap 1.1430. Ini mendorong pasangan mata wang EUR/USD untuk diniagakan sekali lagi di atas tahap 1.1520.

Ini telah menyebabkan pasangan mata wang EUR/USD kembeli diniagakan dalam jajaran pengukuhan harga yang digambarkan (1.1520-1.1750) untuk pengukuhan mendatar sehingga penembusan aliran menurun berlaku.