Analisis Teknikal EUR/USD untuk 15 Oktober, 2018

Pasangan mata wang EUR/USD ini menunjukkan isyarat pembalikan harga pada carta 4-jam. Harga telah ditarik lebih tinggi dari tahap 1.1432 dan kini berdagang di atas rintangan jangka pendek (kini bertindak sebagai sokongan) pada tahap 1.1530.

Garis hijau - sokongan kekuatan sederhana

Garis hijau gelap - sokongan kekuatan maksimum

Pasangan mata wang EUR/USD melantun ke tahap rendah berbanding dengan penurunan dari 1.1815 ke tahap 1.1432. Setakat ini, kita telah melihat pergerakkan lebih tinggi ke arah tahap 1.16 dan penarikan semula harga untuk menguji dan menembusi di atas tahap 1.1530. Sokongan yang terletak pada tahap 1.1530 sedang mengukuh sekarang. Saya tidak meramalkan tahap rendah baru di bawah tahap 1.14 selagi pasangan mata wang ini berdagang di atas tahap 1.1480. Rintangan ditemui terletak ke arah tahap 1.1610. Sekiranya ditembusi, kita harus menjangkakan bahawa harga akan meneruskan pergerakkan yang lebih tinggi sekurang-kurangnya ke arah tahap 1.1670. Penolakan dan pembalikan harga di kawasan harga 1.1670 akan menjadi isyarat aliran menurun. Kesinambungan kenaikkan harga di atas tahap 1.1730 juga akan meningkatkan peluang untuk harga melepasi tahap 1.1815.