Analisis Teknikal EUR/USD untuk 15 Oktober, 2018

Gambaran Keseluruhan:

Pasangan mata wang EUR/USD meneruskan dagangan menaik dari tahap 1.1500 dalam dagangan jangka panjang. Adalah penting untuk diingatkan bahawa sokongan telah dibangunkan pada tahap 1.1497 yang mewakili Penarikan Semula Fibonacci 38.2% Fibonacci pada carta 4H. Harga mungkin membentuk 'double bottom' pada carta masa yang sama. Oleh yang demikian, pasangan mata wang EUR/USD kini menunjukkan tanda-tanda pengukuhan harga berikutan penembusan harga pada tahap tinggi 1.1569. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 1.1569 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 1.1620 untuk menguji rintangan harian 2 dan selanjutnya ke tahap 1.1714. Juga, penting untuk diingatkan bahawa tahap 1.1714 adalah merupakan lokasi yang terbaik untuk menetapkan pesanan Take Profit sebagaimana ia akan membentuk 'double top'. Sebaliknya, sekiranya berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang EUR/USD ini berjaya menembusi tahap sokongan 1.1497/1.1500, penurunan harga yang seterusnya ke tahap 1.1422 meungkin berlaku yang akan menunjukkan pasaran aliran menurun.