Analisis Fundamental USD/JPY untuk 15 Oktober 2018

Pasangan mata wang USD / JPY telah sedikit impulsif dengan kenaikan harga baru-baru ini yang menyebabkan harga berada di bawah kawasan 112.00 pada masa ini. Ekoran daripada laporan ekonomi baru-baru ini dari Amerika Syarikat, mata wang JPY memperoleh momentum impulsif dalam pasangan yang mungkin secara berterusan pada masa akan datang.

Dagangan mata wang USD telah bergelut untuk perolehan keuntungan di tengah-tengah laporan ekonomi yang lebih buruk daripada jangkaan, termasuk penurunan IHP kepada 0.2% daripada nilai sebelumnya iaitu sebanyak 0.1%. Laporan Jualan Runcit Amerika Syarikat (AS) pada hari ini diterbitkan dengan tidak berubah pada catatan sebanyak 0.1% yang dijangka meningkat kepada 0.7% dan Jualan Runcit Teras menurun kepada -0.1% daripada nilai sebelumnya iaitu sebanyak sebanyak 0.2% yang dijangka meningkat kepada 0.4%. Pada minggu ini, kalendar ekonomi tidak mempunyai laporan makroekonomi dari Amerika Syarikat. Oleh yang demikian, kemunduran tertentu boleh dilihat pada sudut bahagian mata wang USD pada hari-hari yang akan datang.

Pada sudut bahagian mata wang JPY, menjelang Imbangan Perdagangan dan ucapan Gabenor Bank of Japan Kuroda, laporan ekonomi baru-baru ini tidak begitu mengagumkan untuk mendorong keuntungan JPY lagi. Laporan Pengeluaran Perindustrian Semakan Jepun baru-baru ini diterbitkan dengan penurunan kepada 0.2% yang dijangka tidak berubah pada catatan sebanyak 0.7%.

Sementara itu, meskipun terdapat laporan ekonomi yang perlahan, JPY berjaya meraih dan menambah kekuatan berbanding USD. Oleh itu, sentimen pasaran semasa boleh membawa harga jauh lebih rendah pada hari-hari akan datang. Sekiranya Gabenor BOJ Kuroda membentangkan kenyataan yang optimis dalam ucapannya pada minggu ini, tekanan impulsif yang selanjutnya pada kedudukan menurun dapat diperhatikan dalam pasangan ini.

Sekarang mari kita melihat kepada pandangan teknikal. Pasaran harga telah membuat perubahan menurun yang mengagumkan pada hari ini selepas sedikit ragu-ragu dengan sesi penutupan harian pada hari Jumaat. Ekoran dairpada carta graf lilin harian yang tidak ragu-ragu baru-baru ini, harganya dijangka meningkat ke tahap yang lebih tinggi mengikut aliran jangka panjang. Berikutan daripada harga mengekalkan tekanan menurun dan berjaya menolak ke tahap yang lebih rendah, adalah dijangka untuk menyusut dengan lebih mendalam ke arah kawasan sokongan 110.50 pada hari-hari yang akan datang. Sebaliknya, harga yang mempunyai sokongan Kumo Cloud sebagai tahap dinamik boleh menyebabkan harga melambung ke tahap yang lebih tinggi dengan sasaran ke arah kawasan 113.00 ekoran daripada aliran semasa adalah menaik. Oleh kerana harga masih di bawah kawasan 112.00, kecenderungan penurunan harga adalah dijangka berterusan.

SOKONGAN: 110.50, 108.50

RINTANGAN: 112.00, 113.00

KECENDERUNGAN: MENURUN

MOMENTUM: VOLATILITI