Tahap Teknikal Urusniaga Harian dan Cadangan Perdagangan GBP/USD untuk 17 Oktober, 2018

Pada 13 September lalu, pasangan mata wang GBP/USD dilihat sedang menguji garis aliran menurun yang digambarkan akan ditembusi sekitar tahap 1.3025-1.3090. Sejak daripada itu, pasangan mata wang ini telah berjaya membuat penembusan menaik.

Pada 21 September lalu, prospek dagangan jangka pendek GBP/USD telah bertukar menjadi penurunan harga ke arah tahap 1.3010 (Fibonacci 50%) dan 1.2940 (tahap permintaan semasa) di mana bahagian belakang penembusan aliran menaik telah diuji semula.

Baru-baru ini, paras harga 1.2900-1.2940 (bahagian belakang aliran menaik yang ditembusi) menunjukkan pemulihan kenaikkan harga yang signifikan dan telah mendorong pasangan mata wang ini untuk membuat penembusan menaik pada saluran carta 4H yang digambarkan.

Momentum kenaikkan harga yang jelas ditunjukkan di atas tahap 1.3010 dan baru-baru ini di atas 1.3090 (Fibo 61.8%) yang mendorong kepada pergerakan menaik semasa ke arah tahap 1.3200.

Bagi memastikan senario penembusan kenaikan harga kekal sah, ketahanan aliran menaik di atas tahap 1.3200 (ZON MENJUAL) diperlukan untuk mengekalkan momentum kenaikkan harga yang mencukupi pada awalnya ke arah tahap 1.3280.

Sementara itu, ketahanan aliran menurun di bawah tahap 1.3200 akan membatalkan senario pergerakan menaik sekaligus membolehkan penurunan harga yang seterusnya ke arah tahap 1.3090 (Fibo 61.8%) dan mungkin juga ke tahap 1.3010 (Fibo 50%).

Hari ini, tindakan harga perlu diperhatikan sekitar tahap semasa iaitu 1.3100 (Fibo 61.8%) untuk menentukan destinasi seterusnya untuk pasangan mata wang GBP/USD.