Analisis Teknikal AUD/USD untuk 18 Oktober, 2018

Gambaran Keseluruhan:

Pasangan mata wang AUD/USD telah menghadapi rintangan yang terletak pada tahap 0.7146, sementara rintangan kecil dilihat terletak pada tahap 0.7107. Sementara sokongan didapati berada pada tahap 0.7043 dan 0.6980. Juga, perlu diingatkan bahawa titik pangsi harian telah ditetapkan pada tahap 0.7107. Sama pentingnya, pasangan mata wang AUD/USD masih bergerak sekitar tahap utama 0.7107, yang merupakan pangsi harian dalam carta 1H pada masa ini. Pasangan mata wang AUD/USD dilihat telah meneruskan pergerakkan menaik dari tahap 0.7043. Pasangan mata wang ini telah memperlihatkan kenaikkan harga dari tahap 0.7043 (tahap 0.7043 adalah bertepatan dengan 'double bottom') menghampiri ke bahagian atas sekitar tahap 0.7146. Akibatnya, pasangan mata wang AUD/USD ini telah menembusi rintangan, yang menjadi sokongan kuat pada tahap 0.7146. Tahap 0.7043 dijangka akan bertindak sebagai sokongan utama pada hari ini. Dari sudut ini, pasangan mata wang AUD/USD berkemungkinan besar akan meneruskan dagangan dalam arah aliran menaik dari tahap sokongan 0.7043 menuju ke arah tahap sasaran 0.7146. Sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi tahap 0.7146, pasaran akan menunjukkan peluang kenaikan harga di atas tahap 0.7146 untuk mencapai sasaran kedua pada tahap 0.7179. Walau bagaimanapun, sekiranya penembusan harga berlaku pada tahap sokongan 0.7043, maka senario ini mungkin akan menjadi tidak sah atau terbatal.