Analisis Teknikal USD/CAD untuk 18 Oktober, 2018

Gambaran Keseluruhan:

Pasangan mata wang USD/CAD ini dilihat telah menembusi tahap rintangan 1.3000, yang mana ia kini bertindak sebagai tahap sokongan. Oleh yang demikian, pasangan mata wang ini telah membentuk sokongan kecil pada tahap 1.3000. Sokongan yang kuat dilihat berada pada tahap 1.2945 kerana ia merupakan sokongan mingguan. Berdasarkan kepada carat 1H, RSI dan Moving Average (MA)(100) masih bergerak ke tahap yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, pasaran akan menunjukkan peluang kenaikan harga pada tahap 1.3000. Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas sokongan kecil pada tahap 1.3000 dengan sasaran ditetapkan pada tahap 1.3089 (harga ini adalah bertepatan dengan Fibonacci 100%). Sebaliknya, jika pasangan mata wang ini menutup di bawah tahap sokongan kecil (1.3000), harga berkemungkinan besar akan jatuh ke pasaran menurun dan seterusnya bergerak ke arah tahap sokongan kuat 1.2945.

Ulasan:

Juga, 'double bottom' telah dilihat pada tahap 1.2865.

Sekiranya aliran harga melambung, maka kekuatan pasangan mata wang USD/CAD akan ditakrifkan seperti berikut: Dolar AS kini berada dalam arah aliran menaik dan CAD berada dalam arah aliran menurun.