Analisis Teknikal USD/JPY untuk 31 Oktober, 2018

Tinjauan Teknikal:

Carta 4H yang dibentangkan di sini jelas menunjukkan bahawa selepas penembusan harga pada garisan rintangan, pasangan mata wang USD/JPY ini telah menembusi rintangan pada tahap 112.89 semalam. Pasangan mata wang ini bertahan pada fibonacci 0.50 dari keseluruhan penurunan di antara tahap 114.50 dan 111.40. Diramalkan akan terdapat penurunan harga ke tahap 112.00/20, bahagian belakang rintangan bertukar menjadi garis aliran sokongan, sebelum mendorong pasangan mata wang USD/JPY ini untuk diniagakan lebih tinggi ke tahap 113.30. Sila ambil perhatian bahawa tahap 113.30/40 adalah merupakan rintangan fibonacci 0.618 seperti yang dibincangkan semalam dan kekal menjadi titik perubahan yang sangat mungkin. Melihat ke hadapan, harga dijangka kekal diniagakan di bawah tahap 114.50, masing-masing mensasarkan ke tahap 111.40.

Pelan Dagangan:

Kekal mendatar buat masa ini, para pedagang disyorkan untuk melihat peluang mengambil pesanan menjual sekitar tahap 113.00/30, pesanan Stop Loss ditetapkan di atas tahap 114.50, dan sasaran adalah terbuka.

Semoga berjaya!