Tahap Teknikal Urusniaga Harian dan Cadangan Perdagangan EUR/USD untuk 02 November, 2018

Berdasarkan kepada carta mingguan, pasangan mata wang EUR/USD ini menunjukkan corak pembalikkan 'Head and Shoulders' dimana bahagian kanan bahu sedang dalam proses.

Pada 10 Oktober lalu, tahap 1.1500 menawarkan pemulihan kenaikkan harga sementara. Pergerakan kenaikkan harga telah dinyatakan ke had julat harga lebih tinggi (1.1750). Walau bagaimanapun, aliran menaik pasangan mata wang EUR/USD gagal meneruskan pergerakkan ke arah sasaran kenaikan harga yang lebih tinggi.

Walau bagaimanapun, isyarat pemulihan kenaikkan sementara sekitar tahap 1.1430 telah menolak pasangan mata wang EUR/USD ini untuk diniagakan di atas tahap 1.1520 sehingga penembusan penurunan harga pada tahap 1.1520 berlaku sekali lagi pada 17 Oktober.

Oleh itu, tahap tinggi menurun telah ditunjukkan sekitar tahap 1.1600 sekaligus menyokong prospek penurunan harga pasaran.

Walau bagaimanapun, pemulihan kenaikkan harga semasa telah ditunjukkan di sekitar tahap 1.1307. Penembusan menaik di atas tahap 1.1400 telah ditunjukkan sekali lagi.

Destinasi kenaikan harga yang seterusnya terletak di sekitar tahap 1.1520 di mana tindakan harga harus diperhatikan.

Bagi memastikan penurunan harga kekal dominan, pasangan mata wang EUR/USD ini harus mencapai penurunan harga di bawah tahap harga 1.1400.