Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang AUD/USD meneruskan dagangan menaik dari tahap 0.7225. Minggu ini, pasangan mata wang ini telah melonjak naik dari tahap 0.7225 menghampiri sekitar tahap 0.7299, walau bagaimanapun, ia melantun semula di sekitar tahap 0.7242. Hari ini, rintangan pertama dilihat terletak pada tahap 0.7299 dan diikuti oleh tahap 0.7352, manakala sokongan harian 1 pada tahap 0.7185 (Penarikan Semula Fibonacci 50%). Menurut peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang AUD/USD masih bergerak di antara tahap 0.7250 dan 0.7352; oleh yang demikian, kami menjangkakan julat dagangan sebanyak 102 pips. Selain itu, jika harga berjaya melepasi tahap rintangan pertama pada 0.7299, pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan meningkat ke 'double top' (0.7299) untuk mengujinya. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.7299 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.7352 untuk menguji rintangan harian 1 dan selanjutnya ke tahap 0.7394. Selain itu, ia mungkin diperhatikan bahawa tahap 0.7394 adalah lokasi terbaik untuk menetapkan pesanan Take Profit sebagaimana ia akan membentuk 'Double top'. Sebaliknya, sekiranya berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang AUD/USD ini berjaya menembusi tahap sokongan 0.7185, penurunan harga yang seterusnya ke tahap 0.7069 boleh berlaku yang akan menunjukkan pasaran penurunan harga.