Pasangan mata wang EUR / JPY kekal di dalam julat dagangan antara 127.50 hingga 129.50. Pasangan ini berdagang dengan ketidakpastian, yang tidak menentu selama tempoh beberapa hari berturut-turut. Kedua-dua mata wang dalam pasangan itu bergelut untuk memperoleh momentum berikutan daripada fundamental yang tidak memberangsangkan sejak kebelakangan ini, yang diterbitkan baru-baru ini di mana telah mengelirukan sentimen pasaran.
Cabaran terbesar di hadapan EUR baru-baru ini adalah defisit belanjawan 2019 yang mana, sekiranya tidak diselesaikan pada hari-hari yang akan datang, boleh membawa kepada kelemahan yang ketara dalam ekonomi zon Eropah. Walaupun baru-baru ini Presiden ECB Draghi bercakap mengenai kelembapan ekonomi zon Eropah yang agak normal dari pandangannya. Beliau menjangka lonjakan inflasi yang perlahan tetapi konsisten, membawa kepada struktur ekonomi yang lebih baik di masa depan. Laporan Bekalan Wang M3 esok akan diterbitkan yang dijangka tidak berubah pada catatan sebanyak 3.5%, Pinjaman Persendirian meningkat kepada 3.2% dari nilai sebelumnya iaitu sebanyak 3.1%, dan Iklim Pengguna GfK Jerman dijangka mengalami sedikit penurunan kepada tahap 10.5 daripada angka sebelumnya iaitu sebanyak 10.6. Selain itu, zon Eropah juga dalam kebimbangan terhadap Brexit yang dianggap akan menjejaskan kepada ekonomi Eropah sekiranya cadangan Perdana Menteri UK Theresa May diterima.
Untuk dagangan mata wang JPY, BOJ sedikit berhati-hati mengenai Dasar Monetari baru-baru ini kerana masalah baru-baru ini yang berlaku dalam sektor kewangan. Gabenor Bank of Japan, Kuroda menyatakan keyakinan terhadap pengurangan kunci kira-kira tanpa gangguan pasaran. Beliau juga memberi bayangan prospek meninggalkan dasar kewangan yang longgar. Walaupun BOJ sedang berhadapan dengan cabaran tertentu, pengawal selia optimis mengenai pertumbuhan yang stabil pada masa depan. Laporan SPPI Jepun pada hari ini diterbitkan dengan peningkatan kepada 1.3% daripada nilai sebelumnya iaitu sebanyak 1.1% yang dijangka berada pada catatan 1.2% dan CPI Teras BOJ juga meningkat kepada 0.6% yang dijangka tidak berubah pada catatan sebanyak 0.5%. Tambahan pula, pada hari-hari yang akan datang Laporan Jualan Runcit Jepun akan diterbitkan yang dijangka meningkat kepada 2.7% dari nilai sebelumnya iaitu sebanyak 2.2%.
Sementara itu, JPY sedikit mengukuh menjelang laporan ekonomi dan rancangan perkembangan yang akan datang dari BOJ walaupun terdapat beberapa masalah yang bertentangan. Walaupun EUR telah agak positif dengan kenaikan baru-baru ini, kemampanan tidak begitu terjamin berikutan daripada JPY dalam kedudukan yang baik di sebalik laporan ekonomi yang diterbitkan pada hari ini. Keadaan ini mengekalkan pembeli di bawah tekanan. Untuk meringkaskan, momentum tidak dapat dinafikan lagi dijangka dalam pasangan sehingga zon Eropah atau Jepun datang dengan laporan yang lebih baik untuk membolehkan pasaran untuk menyatakan sentimen tertentu.
Sekarang mari kita melihat kepada pandangan teknikal. Pasaran harga telah cukup impulsif dengan peningkatan kenaikan harga semalam selepas tekanan menurun yang impulsif sebelum ini harga sedang dipegang oleh tahap dinamik 20 EMA berikutan daripada rintangan di dalam kawasan pembetulan antara 127.50-129.50. Sementara itu, penembusan di atas tahap 129.50 atau di bawah 127.50 dengan sesi penutupan harian diperlukan untuk melengkapkan tindakan harga masa hadapan. Walau bagaimanapun, harga dijangka bergerak ke tahap yang lebih rendah susulan daripada harga kekal di bawah kawasan 129.50 dengan sesi penutupan harian dengan sasaran ke arah kawasan sokongan 126.50.
SOKONGAN: 126.50, 127.50
RINTANGAN: 129.50, 130.00
KECENDERUNGAN: MENURUN
MOMENTUM: VOLATILITI