Analisis EUR/USD untuk 27 November, 2018

Baru-baru ini, pasangan mata wang EUR/USD telah diniagakan dalam aliran menurun. Seperti yang saya ramalkan, harga dilihat telah menguji tahap 1.1304. Berdasarkan kepada carta 1H, saya telah mendapati bahawa terdapat penembusan harga pada flag menurun, yang merupakan isyarat untuk penurunan harga. Baru-baru ini, saya mendapati bahawa terdapat penembusan harga pada corak 'Head and Shoulders' jangka pendek (corak menurun), yang merupakan isyarat lain untuk penurunan harga. Saya mengesyorkan kepada para pedagang untuk memerhatikan peluang mengambil pesanan menjual yang berpotensi dengan berdagang mengikuti arah pergerakkan harga jangka pendek. Sasaran untuk aliran menurun ditetapkan pada tahap 1.1215.