Analisis Teknikal EUR/USD untuk 28 November, 2018

Pasangan mata wang EUR/USD ini telah menembusi kawasan sokongan 1.1330 dan berdagang di bawah tahap 1.13. Harga jatuh ke paras rendah 1.1277 di mana kawasan sokongan kritikal telah ditunjukkan beberapa hari yang lalu. Aliran harga kekal menurun dan kami terus menjangkakan pergerakan lebih rendah ke arah tahap 1.12-1.11 selagi harga berada di bawah 1.14-1.1420.

Segitiga kuning - rintangan jangka pendek utama

Garis hijau - sokongan jangka sederhana utama

Garis biru - saluran menurun

Garis merah - garis aliran rintangan

Pasangan mata wang EUR/USD sedang membentuk corak harga rendah yang lebih rendah dan corak harga tinggi yang lebih rendah. Selepas ditolak pada tahap 1.1450, saya menegaskan bahawa penembusan harga di bawah tahap 1.1355 akan menjadi isyarat penurunan harga dan akan mendorong harga diniagakan lebih rendah. Inilah yang berlaku sekarang kerana saya terus mengharapkan pembentukkan corak harga lebih rendah. Harga telah menembusi kawasan sokongan utama 1.1270 dan mendorong pasangan mata wang ini untuk melantun. Aliran menurun tidak boleh menembusi di atas tahap 1.1330 dan yang paling penting di atas 1.1370. Sementara itu, aliran menaik tidak boleh menembusi dan menutup di bawah kawasan sokongan hijau. Saya masih cenderung terhadap prospek penurunan harga.