Analisis Gelombang Elliott EUR/JPY untuk 30 November, 2018

Di bawah perkiraan pilihan baru kami, pasangan mata wang kini dilihat dalam gelombang C pada D yang lebih tinggi ke arah tahap rintangan 130.89 - 130.99. Secara idealnya, penurunan akhir di dalam gelombang E akan bermula dari sini, walau bagaimanapun, masih terdapat kemungkinan bahawa gelombang C pada D akan meneruskan pergerakkan menaik sehingga mencecah ke tahap 131.89 sebelum diniagakan rendah dalam gelombang E.

Kami kini mendapati bahawa sokongan terletak pada tahap 128.64, yang secara idealnya akan menghalang aliran menurun bagi membolehkan pasangan mata wang ini meneruskan rali menaik sehingga ke tahap rintangan 129.25 menuju ke arah kawasan 130.89 - 130.99.

R3: 130.89

R2: 130.06

R1: 129.62

Pangsi: 129.25

S1: 128.84

S2: 128.64

S3: 128.22

Cadangan Perdagangan:

Kami meletakkan pesanan membeli EUR dari tahap 129.25 dengan Stop Loss diletakkan pada tahap 128.00. Sebaik sahaja harga menembusi di atas tahap 129.30, kami akan mengerakkan kedudukan Stop Loss lebih tinggi ke tahap 123.50. Kami akan mengambil separa keuntungan pada tahap 130.75.