Analisis Teknikal EUR/USD untuk 30 November, 2018

Meskipun aliran harga bagi dagangan jangka panjang masih menurun, kekuatan jangka pendek bagi pasangan mata wang EUR/USD diramalkan akan mencabar aliran sederhana dan jangka panjang. Harga dilihat sedang menguji tahap rintangan 1.14-1.1470 yang mana jika ia ditembusi akan menolak harga untuk diniagakan di atas tahap 1.1530-1.1550.

Garis merah - garis aliran rintangan

Garis hijau - garis aliran sokongan

Titik hitam - rintangan

Titik merah - rintangan utama

Pasangan mata wang EUR/USD dilihat sedang menguji garis arah rintangan yang terletak pada tahap 1.14. Penembusan harga di atas garis aliran ini akan menolak harga untuk diniagakan ke arah tahap 1.1460-1.1470 di mana rintangan utama berada. Penolakan harga pada tahap semasa akan menjadi isyarat untuk penurunan harga. Sokongan jangka pendek berpotensi untuk memberikan isyarat penolakan harga jika harga menembusi tahap 1.1350. Penembusan harga di bawah tahap ini berpotensi untuk menolak harga ke arah garis aliran sokongan hijau.