Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang NZD/USD dilihat telah menembusi tahap rintangan yang kini bertukar menjadi sokongan yang kuat pada tahap 0.6705 minggu ini. Tahap 0.6705 adalah bertepatan dengan nisbah emas (Fibonacci 61.8%), yang dijangka akan bertindak sebagai sokongan utama pada hari ini. Indeks Kekuatan Relatif (RSI) dianggap 'overbought' kerana ia berada di atas paras 70. RSI masih memberikan isyarat bahawa harga kini dalam aliran naik sebagaimana ia masih mengukuh di atas Moving Average (MA)(100). Ini menunjukkan bahawa pasangan mata wang berpotensi untuk diniagakan lebih tinggi dalam beberapa jam yang akan datang. Sehubungan itu, pasaran dijangkakan akan menunjukkan isyarat arah aliran menaik. Dengan erti kata lain, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.6800 dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.6882. Dari sudut ini, pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan memulakan pergerakan menaik ke tahap 0.6882 dan seterusnya ke tahap 0.6984. Tahap 0.6984 akan bertindak sebagai rintangan yang kuat. Sebaliknya, jika penembusan harga berlaku pada tahap sokongan 0.6705, maka senario ini mungkin akan menjadi tidak sah atau terbatal.