Pasangan mata wang EUR/NZD dilihat telah meneruskan dagangan dalam aliran menurun dan telah menguji 1.6384 sebagai tahap terendah. Pada masa ini, kami mendapati bahawa terdapat perbezaan (divergence) positif di antara tahap rendah 1.6384 dan tahap rendah 1.6553. Ini menandakan bahawa momentum penurunan harga kini telah berkurangan, walau bagaimanapun, untuk menunjukkan bahawa harga telah menembusi tahap rendah, pasangan mata wang ini perlu menembusi di atas tahap rintangan kecil 1.6477 dan yang lebih penting adalah penembusan harga di atas tahap rintangan 1.6542, yang akan mendorong kepada kenaikkan harga ke arah tahap rintangan berhampiran 1.6767.
Selagi rintangan kecil yang terletak pada tahap 1.6477 berupaya melindungi aliran menaik, kita tidak boleh menolak tekanan harga yang lebih rendah, tetapi kehilangan momentum penurunan menunjukkan bahawa tekanan penurunan harga adalah terhad.
R3: 1.6627
R2: 1.6542
R1: 1.6515
Pangsi: 1.6477
S1: 1.6417
S2: 1.6384
S3: 1.6345
Cadangan Perdagangan:
Kami meletakkan pesanan membeli EUR pada tahap 1.6480 dan akan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 1.6380.