Analisis Teknikal Emas untuk 03 Disember, 2018

Emas telah menyaksikan penarikan semula harga minggu lalu ke arah tahap $1,217, tetapi sedikit rendah di bawah tahap $1,211 dan kini sekali lagi menguji tahap tinggi semasa dan rintangan utama jangka pendek pada $1,230.

Segitiga Merah - Rintangan utama jangka pendek

Segitiga Biru - Rintangan utama

Garis Hijau - Garis Aliran Sokongan

Seperti yang kita ulangi dalam analisis yang terdahulu, aliran menaik berpotensi untuk menembusi di atas tahao rintangan selagi harga tidak menembusi di bawah garis aliran sokongan hijau. Tingkah laku harga emas setakat ini adalah menyakinkan sebagaimana harga kini mengukuh di atas Penarikan Semula Fibonacci 61.8%. Meskipun emas telah ditarik semula pada Jumaat lepas, kita melihat harga sekali lagi mencabar kawasan rintangan utama yang ditandakan dengan warna merah dalam carta di atas. Aliran menurun memerlukan penolakan lain di sini dan bergerak di bawah $1,210. Sementara aliran menaik pula memerlukan penutupan harian di atas tahao $1,230 dan ini akan membuka jalan untuk harga melantun lebih tinggi ke arah $1,250-60.