Analisis Teknikal EUR/USD untuk 03 Disember, 2018

Pasangan mata wang EUR/USD ini telah ditolak pada garis rintangan lebih tinggi 1.14 pada Jumaat dan ditarik kembali ke arah tahap 1.13. Pasangan mata wang kini melantun semula namun masih belum membuat sebarang penembusan harga. Aliran harga untuk dagangan jangka panjang masih menurun. Sementara aliran harga untuk dagangan jangka pendek adalah neutral.

Garis Merah - Rintangan utama

Garis Hijau - Sokongan utama

Pasangan mata wang EUR/USD kini dilihat sedang menguji rintangan Ichimoku Cloud tetapi jika harga menembusi di atas Ichimoku Cloud tersebut, rintangan yang paling penting untuk ditembusi adalah garis aliran merah. Sehingga kini, harga telah ditolak sebanyak dua kali. Adakah kita akan melihat penolakan harga yang ketiga dan terakhir atau akan kita akan mlihat penembusan harga dan pasangan mata wang EUR/USD bergerak ke tahap 1.16? Selagi harga diniagakan di bawah tahap tinggi minggu lalu, aliran menurun akan mempunyai kelebihan. Sokongan utama untuk dagangan jangka pendek ditemui terletak pada tahap rendah Jumaat. Penembusan harga di bawah tahap ini akan menolak pasangan mata wang EUR/USD untuk diniagakan di bawah garis aliran sokongan hijau dan mungkin juga ke arah tahap 1.11-1.12. Terperangkap di dalam segitiga ini tidak memberikan pandangan yang jelas untuk aliran jangka sederhana bagi pasangan mata wang EUR/USD. Para pedagang dinasihatkan untuk bersabar.