Tahap Teknikal Urusniaga Harian dan Cadangan Perdagangan GBP/USD untuk 04 Disember, 2018

Pada 21 September lalu, pasangan mata wang GBP/USD ini telah gagal menunjukkan momentum kenaikkan harga yang mencukupi di atas tahap 1.3296. Sejak daripada itu, prospek dagangan jangka pendek kini telah berubah kepada aliran menurun di bawah aliran menurun yang digambarkan.

Berdasarkan kepada carta 4H, pasangan mata wang GBP/USD kelihatan 'oversold' sekitar tahap 1.2700 dimana kemasukan pesanan MEMBELI yang menguntungkan telah dicadangkan.

Pergerakkan kenaikkan harga yang pantas telah dinyatakan ke tahap harga 1.3170-1.3200 di mana tahap tinggi menaik sekitar aliran menurun yang digambarkan telah dibangunkan.

Ini mendorong harga untuk membuat penarikan semula menurun semasa ke arah zon permintaan yang digambarkan (1.2750-1.2880) di mana pergerakkan mendatar semasa di dalam saluran 4H yang digambarkan telah dimulakan.

Baru-baru ini, pasangan mata wang GBP/USD gagal mewujudkan penembusan kenaikkan harga yang berjaya di atas tahap harga 1.2880 (had atas pengukuhan semasa).

Semalam, penembusan penurunan harga palsu ditunjukkan di bawah tahap 1.2720. Selain itu, isyarat awal pemulihan kenaikkan harga sedang ditunjukkan pada hari ini.

Ketahanan aliran menaik di atas tahap 1.2780 (Fibo 78.6%) adalah wajib untuk membolehkan harga bergerak lebih tinggi ke arah 1.2880 dan 1.2940 di mana keputusan perdagangan baru harus diambil sebaik sahaja tindakan harga.

Sebaliknya, senario semasa berkemungkinan besar akan meneruskan pembentukkan corak flag penurunan harga yang akan membenarkan penembusan menurun di bawah tahap 1.2730 pada carta yang lebih kecil.

Sasaran unjuran untuk corak kesinambungan kini dimulakan sekitar tahap 1.2600.