Analisis Teknikal Emas untuk 06 Disember, 2018

Emas diniagakan pada tahap rintangan utama $1,239-43.50. Aliran kekal menaik dalam dagangan jangka pendek sebagaimana harga kekal di dalam saluran kenaikan harga.

Rintangan biru - Rintangan utama

Garis ungu - Saluran kenaikkan harga

Garis hijau - Garis aliran utama sokongan

Garis biru - Garis aliran sokongan utama jangka pendek

Emas tidak membuat sebarang pergerakkan pada semalam sebagaimana harga sebahagian besarnya bergerak dalam aliran mendatar. Emas kekal dalam momentum menaik jangka pendek tetapi juga di bawah rintangan utama. Penolakan harga pada tahap ini berpotensi untuk mendorong emas kembali diniagakan ke arah tahap $1,220. Penembusan harga di bawah tahap $1,220 akan membuka jalan untuk harga bergerak ke arah garis aliran sokongan hijau. Aliran menaik kekal mendominasi pasaran selagi harga mengukuh pada tahap $1,220. Tahap rendah $1,210 yang dicapai pada akhir November adalah merupakan sokongan utama. Jika harga menembusi ke tahap lebih tinggi, maka emas berkemungkinan besar akan diniagakan dalam aliran menurun