Analisis Teknikal AUD/USD untuk 11 Disember, 2018

Gambaran Keseluruhan:

Pasangan mata wang AUD/USD meneruskan dagangan menaik dari tahap 0.7185. Pasangan mata wang ini telah melonjak naik dari tahap 0.7185 menghampiri ke tahap 0.7299 tetapi ia melantun semula untuk diniagakan di sekitar tahap 0.7212 dan 0.7249. Hari ini, rintangan pertama dilihat terletak pada tahap 0.7299, dan diikuti oleh tahap 0.7352, manakala sokongan harian 1 dilihat pada tahap 0.7185 (Penarikan Semula Fiboancci 50%). Menurut peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang AUD/USD ini kelihatan masih bergerak di antara tahap 0.7250 dan 0.7352; oleh yang demikian, kami menjangkakan julat dagangan sebanyak 102 pips. Selain itu, sekiranya harga berjaya menembusi tahap rintangan pertama pada 0.7299, pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan meningkat ke arah 'double top' (0.7299) untuk mengujinya. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 0.7299 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.7352 untuk menguji rintangan harian 1 dan selanjutnya ke tahap 0.7394. Selain itu, ia mungkin diperhatikan bahawa tahap 0.7394 adalah lokasi yang terbaik untuk menetapkan pesanan Take Profit sebagaimana ia akan membentuk 'double top'. Sebaliknya, sekiranya berlaku pembalikan harga dan pasangan mata wang AUD/USD ini berjaya menembusi tahap sokongan 0.7185, penurunan seterusnya ke tahap 0.7069 boleh berlaku yang akan menunjukkan pasaran penurunan harga.