Pembetulan menurun dari tahap 1.6641 telah menjadi jauh lebih dalam daripada yang dijangkakan. Sokongan yang terletak pada tahap 1.6495 telah dicapai pada mulanya untuk rali menaik melalui tahap rintangan kecil pada 1.6545 untuk kesinambungan pergerakkan harga yang lebih tinggi ke tahap 1.6586, tetapi menemui rintangan yang kuat di sini, yang mendorong harga untuk membuat penurunan baru di bawah tahap 1.6495 dan lebih rendah lagi ke 1.6426. Ia sepatutnya akan melengkapkan gelombang b dan menetapkan tahap harga untuk kenaikkan terakhir dalam gelombang c ke zon rintangan antara 1.6694 - 1.6760 dari mana kemerosotan seterusnya ke arah tahap 1.6169 adalah diramalkan.
R3: 1.6586
R2: 1.6508
R1: 1.6495
Pangsi: 1.6459
S1: 1.6426
S2: 1.6398
S3: 1.6378
Cadangan dagangan:
Pesanan membeli dari tahap 1.6545 telah mencapai Stop Loss pada tahap 1.6485 untuk kerugian kecil. Kami akan membeli semula EUR selepas harga menembusi di atas tahap 1.6479 dan meletakkan pesanan Stop Loss kami pada tahap 1.6420