Analisis Teknikal EUR/USD untuk 12 Disember, 2018

Pasangan mata wang EUR/USD sekali lagi berjaya ditolak di kawasan rintangan 1.14-1.1420 dan kini ditarik semula ke arah tahap sokongan jangka pendek 1.13. Setakat ini, tahap rendah baru selepas tahap rendah Mei 1.1510, telah lemah menurut RSI Harian. Untuk corak kenaikan harga yang akan disahkan, harga perlu menembusi di atas tahap 1.14 dan kekal mengukuh di atasnya.

Garis Hijau - perbezaan (divergence) kenaikkan harga

Garis Merah - garis aliran rintangan

Pasangan mata wang EUR/USD diniagakan di atas tahap 1.13. Sokongan terletak pada tahap ini dan seterusnya pada tahap 1.1270. Penembusan harga pada tahap 1.1270 berpotensi untuk menolak harga ke arah tahap 1.1170. Rintangan kekal berada pada tahap 1.14-1.1420. Penembusan harga di atas tahap ini akan menjadi isyarat pembalikan kenaikkan harga dan berkemungkinan akan menolak harga sekurang-kurangnya ke arah tahap 1.16. Pasangan mata wang kini diniagakan dalam aliran menurun di bawah tahap 1.14 dan mengukuh di atasnya. Semudah itu.