Analisis Teknikal EUR/USD untuk 13 Disember, 2018

Pasangan mata wang EUR/USD kekal terperangkap di dalam corak segi tiga di bawah tahap rintangan kritikal 1.14-1.1420 dan di atas tahap sokongan 1.13. Sehingga kini, pasangan mata wang gagal menembusi ke tahap yang lebih tinggi dan telah mengakibatkan penarikan semula harga ke arah tahap 1.13. Walau bagaimanapun, setiap kali kami melihat penarikan semula harga ke arah tahap 1.13, tahap sokongan akan dicapai.

Garis merah - rintangan utama

Garis hijau - sokongan utama

Titik hitam - rintangan

Titik merah - tahap perubahan pergerakkan harga

Pasangan mata wang EUR/USD telah berdagang dalam aliran menurun sejak Februari lalu. Sejak bulan lalu, harga telah menunjukkan penstabilan dan penurunan harga telah dihentikan. Terdapat tanda-tanda penangguhan kenaikkan harga dalam RSI pada carta harian. Tambahan pula, pasangan mata wang EUR/USD kelihatan telah mencapai dan melantun dari tahap Penarikan Semula Fibonacci 61.8% untuk kenaikkan 1.0340 - 1.2555. Ini merupakan sokongan utama Fibonacci dan tahap yang baik untuk membuat pembalikan harga.