Analisis Gelombang Elliott EUR/JPY untuk 17 Disember, 2018

Rintangan utama yang terletak pada tahap 129.29 telah dicapai dan menolak rali pada pasangan mata wang EUR/JPY untuk penurunan harga yang ketara. Untuk dagangan jangka pendek, kami mendapati bahawa rintangan terletak pada tahao 128.70, yang dijangka akan menghalang aliran menaik bagi membolehkan pasangan mata wang ini meneruskan dagangan menurun yang seterusnya untuk menguji sokongan kuat pada tahap 127.70. Penembusan harga di bawah tahap sokongan ini akan melengkapkan segitiga gelombang B sekaligus mengesahkan bahawa gelombang C yang lebih rendah sedang membangun menuju ke arah sasaran ideal jangka panjang pada tahap 123.66.

Selain tahap rintangan 128.70, rintangan utama dilihat terletak pada tahap 129.25. Rintangan ini harus menghalang mana-mana kenaikkan harga pada bila-bila masa atau gambaran penurunan harga kami akan dibatalkan.

R3: 129.62

R2: 129.25

R1: 128.70

Pangsi: 128.43

S1: 127.96

S2: 127.70

S3: 127.20

Cadangan Perdagangan:

Kami akan mengabil pesanan menjual EUR pada tahap 128.05 dan kami akan menggerakkan kedudukan pesanan Stop Loss + reverse kami ke tahap 129.30.