Analisis Teknikal NZD/USD untuk 25 Februari, 2019

Gambaran Keseluruhan:

Pasangan mata wang NZD/USD telah menembusi rintangan yang telah bertukar menjadi sokongan kuat pada tahap 0.6705 minggu ini. Tahap 0.6705 adalah bertepatan dengan nisbah emas, yang dijangka akan bertindak sebagai sokongan utama pada hari ini. RSI kini 'overbought', sebagaimana harga dilihat sedang berdagang di atas tahap 70. RSI masih menyatakan isyarat bahawa trend kini menaik sebagaimana ia masih kukuh di atas Moving Average (MA)(100). Selain itu, sila ambil perhatian bahawa titik pangsi dilihat terletak pada tahap 0.6882. Ini menunjukkan bahawa pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan melonjak dalam beberapa jam yang akan datang. Sehubungan itu, pasaran mungkin menunjukkan tanda-tanda aliran menaik. Dengan erti kata lain, pesanan membeli disyorkan di atas tahap 0.6800 dengan sasaran pertama pada tahap 0.6882. Dari sudut ini, pasangan mata wang ini diramalkan akan memulakan pergerakan menaik ke tahap 0.6882 dan seterusnya ke tahap 0.6984. Tahap 0.6984 akan bertindak sebagai rintangan yang kuat. Sebaliknya, jika terdapat penembusan harga pada tahap sokongan 0.6705, senario ini mungkin akan menjadi tidak sah atau terbatal.