Pelan Perdagangan EUR/USD untuk 26 Februari, 2019

Tinjauan Teknikal:

Merujuk kepada carta 4H pasangan mata wang EUR/USD untuk prospek dagangan jangka sederhana, ia enunjukkan sedikit ketahanan dan tidak memelah. Terdapat kebarangkalian untuk pasangan mata wang ini meneruskan pergerakkan ke tahap 1.1396, sebelum harga kembali diniagakan dalam aliran menurun, selagi harga kekal di atas tahap 1.1335. Pelbagai senario akan muncul tetapi yang paling berpotensi adalah kenaikkan harga ke tahap 1.1395/1.1400 terlebih dahulu, diikuti dengan pembetulan menurun ke tahap 1.1280/90 seperti yang dinyatakan di atas. Sila ambil perhatian bahawa selagi harga kekal berdagang di atas tahap 1.1233 dan 1.1215, aliran menaik dijangka akan terus mendominasi. Pedagang agresif mungkin melihat ini sebagai peluang untuk mengambil pesanan menjual di sekitar tahap 1.1400 dan mengambil kesempatan daripada penurunan aliran kaunter, tetapi strategi yang selamat buat masa sekarang adalah untuk mencari peluang mengambil pesanan membeli lebih rendah seperti yang dicadangkan pada carta di atas. Hanya penurunan harga di bawah tahap 1.1215 harus menjadi kebimbangan untuk kesinambungan aliran menaik.

Pelan Perdagangan:

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk bersedia mengambil pesanan membeli sekitar tahap 1.1280/90, sementara pesanan Stop Loss ditetapkan di bawah tahap 1.1233, dan sasaran terbuka.

Semoga berjaya!