Analisis Fundamental AUD/USD untuk 14 Mac 2019

Pasangan mata wang AUD / USD telah cukup menaik dengan keuntungan baru-baru ini selepas didominasi oleh USD, sejak harga melantun dari kawasan 0.7300 dengan sesi penutupan harian.

Data Pengguna dan Pekerjaan Australia dijangka akan memberi kesan kepada keadaan kadar faedah di Australia. Sekiranya keadaan tidak dipulihkan, potongan kadar tertentu oleh RBA dapat dilihat. AUD bergelut dengan laporan ekonomi yang lebih merosot telah berjaya mengekalkan momentum berbanding USD, yang menandakan potensi momentum menaik lagi pada hari-hari yang akan datang. Baru-baru ini, laporan Pinjaman Rumah AUD telah diterbitkan dengan penurunan kepada cattan sebanyak -2.6% daripada nilai sebelumnya iaitu sebanyak -6.0% yang gagal memenuhi jangkaan -2.0%. Keyakinan Perniagaan NAB juga menurun kepada 2 dari angka sebelumnya iaitu 4 dan Sentimen Pengguna Westpac juga berkurangan dengan ketara kepada -4.8% daripada nilai sebelumnya iaitu sebanyak 4.3%.

Laporan Jangkaan Inflasi MI AUD pada hari ini diterbitkan dengan peningkatan kepada 4.1% dari nilai sebelumnya iaitu 3.7% yang belum banyak membantu menolak mata wang yang lebih tinggi berbanding USD. Pasaran saham Australia dan kejatuhan pasaran perumahan dijangka memberi kesan ke atas keuntungan keseluruhan AUD, manakala USD dijangkakan untuk mendapatkan kembali momentum pada hari-hari yang akan datang.

Sebaliknya, laporan CPI USD baru-baru ini diterbitkan dengan peningkatan kepada 0.2% seperti yang dijangkakan daripada nilai sebelumnya iaitu sebanyak 0.0%. Walau bagaimanapun, CPI teras menurun kepada catatan sebanyak 0.1% yang dijangka tidak berubah pada catatan sebanyak 0.0%. Fed berada pada situasi pemerhati, menyatakan jangkaan yang agak hawkish terhadap USD untuk mendapatkan momentum lebih lanjut dengan perkembangan ekonomi di masa depan.

Sekarang mari kita melihat kepada pandangan teknikal. Harga kini berada tepat di atas kawasan 0.7050-80 dari mana, berdasarkan aliran sebelumnya, harga dijangka menurun ke tahap yang lebih rendah, tetapi dengan pengesahan penembusan di bawah kawasan 0.7050 dengan momentum penurunan impulsif yang kuat. Berikutan daripada harga masih di bawah kawasan 0.7200 dengan sesi penutupan harian, kecenderungan penurunan harga adalah dijangka berterusan.