Tinjauan Teknikal:
Paparan carta 4H bagi pasangan mata wang EUR/USD menunjukkan perkiraan gelombang yang lebih besar dan tinjauan untuk dagangan jangka sederhana. Semalam, pasangan mata wang EUR/USD akhirnya berjaya menembusi rintangan awal kritikal pada tahap 1.1420 selari dengan apa yang telah dibincangkan di sini untuk beberapa sesi perdagangan. Pedagang agresif yang mengambil pesanan mebeli disyorkan untuk mengambil keuntungan sekarang pada harga pasaran semasa 1.1420/30 jika masih berbuat sedemikian. Perkiraan gelombang dapat digambarkan sebagaimana gelombang 1 yang lebih tinggi telah selesai sewaktu artikel ini ditulis. Senario ideal dari sini adalah penurunan harga yang lebih rendah sekurang-kurangnya ke tahap 1.1340, iaitu Penarikan Semula Fibonacci 0.382 seperti yang ditunjukkan di sini. Sila ambil perhatian bahawa harga berkemungkinan akan membuat pembetulan ke arah tahap 1.1280, yang merupakan sokongan fibonacci 0.618 seperti yang dilihat di atas. Selepas mengatasi gelombang 2 di antara tahap 1.1280/1.1340, kita boleh mengharapkan pasangan mata wang EUR/ USD ini untuk terus meningkat ke tahap 1.1700/1.1800 apabila gelombang 3 dibangunkan. Tahap 1.1175 kini dilihat sebagai sokongan yang kuat dan harga dijangkakana akan kekal tinggi.
Pelan Perdagangan:
Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli sewaktu penuruan harga ke tahap 1.1280/1.1340, dengan menetapkan pesanan Stop Loss di bawah tahap 1.1175 dan sasaran adalah terbuka.
Semoga berjaya!