Analisis Teknikal EUR/USD untuk 25 Mac, 2019

Pasangan mata wang EURUSD telah ditarik semula di bawah tahap 1.14 dan tahap sokongan 1.1350 ke arah 1.13. Penarikan semula hrga adalah lebih kuat daripada yang dijangka pada mulanya tetapi harga telah menghentikan penurunan pada Penarikan Semula Fibonacci 61.8%.

Garis merah - rintangan

Garis hijau - sokongan

Pasangan mata wang EURUSD telah menarik semula garis rintangan merah yang telah ditembusi pada minggu lepas. Penutupan mingguan itu sangat buruk dan membayangkan bahawa keseluruhan penembusan harga adalah palsu. Peluang terakhir aliran menaik untuk mengesahkan bahawa tren telah berubah menjadi menaik dan penembusan harga ini bukan palsu, adalah untuk melihat harga memulakan pergerakkan menaik baru dari tahap Penarikan Semula Fibonacci 61.8%. Aliran menaik kini perlu menawan semula kawasan rintangan 1.1370-1.14. Penembusan harga di atas kawasan rintangan ini dan pengukuhan harga di atasnya akan meningkatkan peluang untuk harga bergerak ke arah tahap 1.15. Jika tidak, harga akan ditolak pada tahap 1.1370-1.14 atau menembusi di bawah 1.13 dan berdagang di bawah tahap 1.13, oleh itu, kita harus menjangkakan pergerakkan harga ke arah tahap 1.1140 dalam minggu-minggu yang seterusnya.