Pasangan mata wang EURUSD telah melantun seperti yang dijangkakan tetapi setakat ini pergerakkan menaik yang lebih tinggi dilihat telah melemah dan harga hanya berjaya mencapai tahap rintangan jangka pendek dan tahap perubahan aliran. Aliran jangka sederhana dan jangka pendek kekal menurun.
Garis merah - garis aliran rintangan utama
Garis biru - perbezaan harga menaik
Garis hijau - garis aliran sokongan utama
Seperti yang dinyatakan dalam analisis terdahulu, pasangan mata wang EURUSD ini telah menyatakan isyarat perbezaan (divergence) ketara yang menyebabkan kami menjangkakan lantunan harga. Rintangan jangka pendek pada tahap 1.1250 sedang diuji. Penembusan harga di atas tahap ini dan perubahan aliran jangka pendek kepada menaik berkemungkinan besar akan mendorong harga untuk diniagakan lebih tinggi ke arah tahap 1.13-1.1340. Aliran harga untuk dagangan jangka sederhana masih menurun selagi harga berada di bawah tahap 1.14 dan di bawah garis aliran rintangan merah. Sokongan terletak pada tahap 1.12 dan 1.1140. Saya terus mengharapkan lonjakan harga yang lebih tinggi secara khusus jika harga menembusi di atas tahap 1.1250.