Analisis Teknikal EUR/USD untuk 05 April, 2019

Pasangan mata wang EURUSD dilihat telah menguji rintangan jangka pendek pada tahap 1.1250, yang telah ditolak dan ditarik kembali untuk membentuk tahap yang lebih rendah setakat ini. Sokongan yang terletak pada tahap 1.12 masih belum ditembusi dan digabungkan dengan tanda-tanda perbezaan (divergence) harga oleh RSI di mana kami terus mengharapkan pergerakkan menaik yang lebih tinggi sebagai senario yang paling berkemungkinan.

Garis merah - Saluran penurunan harga

Segitiga hijau - Kawasan sokongan

Garis biru - perbezaan (divergence) kenaikkan harga

Setakat ini, pasangan mata wang EURUSD berada di atas kawasan sokongan 1.12-1.1185. Harga menunjukkan tanda-tanda pembalikan harga dan kemungkinan melantun ke arah tahap 1.13. Aliran hagra jangka sederhana masih melemah selagi harga diniagakan di bawah tahap 1.14 dan dalam saluran penurunan harga merah. Rintangan jangka pendek kekal pada tahap 1.1250 dan jika kita melihat penembusan harga di atas tahap ini, maka pasangan mata wang EURUSD ini berkemungkinan besar akan bergerak ke arah tahap 1.13-1.1340. Tindakan harga sangat hampir dengan tahap terendah pertengahan Februari di mana RSI tidak mengesahkan tahap terendah baru dan kemudian aliran harga ditarik naik dari tahap 1.1235 ke 1.1420.