Pasangan mata wang EURUSD telah mencapai sempadan lebih rendah pola baji jangka panjang pada tahap 1.1115 dan harga kini melantun. Pasaran kekal diniagakan dalam aliran menurun. Harga masih dalam corak baji yang lebih rendah. Lantunan harga jangka pendek ke arah tahap 1.12 diramalkan untuk hari ini.
Garis hitam - garis arah rintangan utama
Garis merah - garis arah sokongan
Garis biru - garis aliran rintangan jangka pendek
Pasangan mata wang EURUSD kini 'oversold' dalam dagangan jangka pendek. Harga berpotensi untuk membuat lantunan pada hari ini atau Isnin ke arah tahap 1.12 dan rintangan Penarikan Semula Fibonacci 38%. Aliran harga jangka pendek kekal menurun selagi harga berada di bawah garis aliran biru. Rintangan garis biru berada pada tahap 1.1270. Selagi harga berada di bawah tahap itu, terdapat risiko pergerakkan menurun bahkan lebih rendah lagi ke arah tahap 1.1050. Penembusan harga pada tahap rintangan 1.1250 mungkin membuka jalan untuk harga bergerak ke arah tahap 1.13-1.1350 di mana rintangan aliran utama ditemui.