Berita Industri Krypto:
Syarikat gergasi industri elektronik pengguna Taiwan , HTC, mendedahkan rancanganya untuk melancarkan telefon pintar generasi kedua berdasarkan teknologi Blockchain menjelang akhir tahun 2019.
Menurut ketua HTC, Phil Chen, langkah ini bertujuan untuk meningkatkan penjualan telefon pintar dan mengembangkan ekosistem Blockchain syarikat. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, HTC buat kali pertama mendedahkan rancangan untuk telefon pintarnya yang berorientasikan kepada Blockchain, dikenali sebagai "Exodus", pada musim bunga tahun 2018, yang mana ia diramalkan akan dijual pada tahun yang sama.
Chen mendedahkan bahawa hasil jualan telefon Exodus generasi pertama memenuhi jangkaan syarikat, dengan menyatakan bahawa sebagai tambahan kepada pengguna Bitcoin dan Ether, permintaan untuk produk ini meningkatkan ketara berkaitan dengan kriptografi.
Tinjauan Pasaran Teknikal:
Pasangan mata wang BTC/USD telah melantun dari tahap $5,347 menghampiri ke tahap $5,482, tepat di bawah rintangan teknikal. Pasangan mata wang ini masih diniagakan di bawah garis aliran jingga yang menyediakan rintangan dinamik sekitar tahap $5,480. Dari sudut pandangan Gelombang Elliott, penurunan baru-baru ini adalah merupakan gelombang (a) dari kitaran pembetulan dan kini pasaran adalah pembangunan gelombang (b), oleh yang demikian, masih terdapat gelombang (c) yang hilang.
Pangsi Mingguan:
WR3 - $6,630
WR2 - $5,993
WR1 - $5,751
Pangsi Mingguan: $5,379
WS1 - $5,117
WS2 - $4,744
WS3 - $4,481
Cadangan Perdagangan:
Tahap tertinggi baru-baru ini pada $5,500 adalah tahap terbaik untuk mengambil pesanan menjual jangka pendek dengan sasaran ditetapkan pada tahap $5,348 atau mungkin di bawahnya (semuanya bergantung pada bentuk kitaran pembetulan harga dalam gelombang (c)). Tinjauan untuk dagangan jangka panjang masih menaik, tetapi pada masa ini, pasaran dilihat telah memasuki kitaran pembetulan harga.