Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 2 Mei, 2019

Gambaran Keseluruhan:

Pasangan mata wang EUR/USD meneruskan pergerakkan menurun dari tahap 1.1192. Minggu lalu, pasangan mata wang ini jatuh dari tahap 1.1192 menghampiri ke bahagian bawah sekitar tahap 1.1111. Hari ini, rintangan pertama dilihat terletak pada tahap 1.1192, dan diikuti oleh tahap 1.1216, manakala sokongan harian 1 dilihat terletak pada tahap 1.1111. Menurut peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang EUR/USD ini masih bergerak di antara tahap 1.1192 dan 1.1111; untuk itu kami menjangkakan julat dagangan sebanyak 81 pips. Jika pasangan mata wang EUR/USD ini gagal menembusi tahap rintangan 1.1111, pasaran akan melanjutkan penurunan ke tahap 1.1069. Ini akan mencetuskan pasaran menurun kerana indikator RSI masih berada di kawasan yang positif dan tidak memperlihatkan sebarang tanda-tanda aliran pembalikan harga. Pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan jatuh lebih rendah sekurang-kurangnya ke arah tahap 1.1069 dengan tujuan untuk menguji sokongan kedua. Sebaliknya, jika penembusan harga berlaku pada tahap rintangan 1.1192 (rintangan utama), maka senario ini mungkin akan menjadi tidak sah atau terbatal.