Berita Industri Kripto:
Gergasi media sosial, Facebook, berkata pihaknya akan mengubah kedudukan mereka mengenai iklan untuk pasaran mata wang kripto dan penyelesaian berdasarkan teknologi Blockchain, kurang dari setahun setengah selepas berjaya mempertimbangkan untuk iklan mata wnag digital itu.
Larangan yang tidak jelas di Facebook, yang dikenakan pada bulan Januari 2018, tidak bertahan lama. Pada bulan Jun 2018, syarikat itu mengumumkan bahawa semua pengiklan perlu mendapatkan "persetujuan bertulis terlebih dahulu", yang membolehkan syarikat memilih jalan yang dirasanya adalah selamat. Bagaimanapun, menurut kenyataan Facebook, syarikat itu akan melangkah lebih jauh lagi.
Facebook akan terus menyekat iklan sesetengah syarikat mata wang kripto, tetapi untuk ICO dan syarikat yang mengandungi maklumat mengenai ICO di halaman mereka, pengesahan masih akan diperlukan. Pertukaran mata wang kripto "juga memerlukan kelulusan terlebih dahulu" sekiranya mereka ingin mengiklankan.
Tempoh masa atau waktu pengumuman Facebook mungkin adalah secara tidak sengaja. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, beberapa sumber media yang bereputasi, dari New York Times kepada Wall Street Journal, mengatakan Facebook sedang menjalankan projek rahsia stablecoin yang akan membolehkan pengguna menerima ganjaran untuk aktiviti Facebook mereka atau membeli produk dan perkhidmatan melalui platform baru menggunakan token baru.
Tinjauan Pasaran Teknikal:
Pasangan BTC / USD telah membuat satu lagi tinggi pada tahap AS$ 6,345, tetapi paras tinggi ini adalah kecil/sedikit dan dibentuk pada momentum yang lebih rendah daripada yang sebelumnya. Menurut senario Elliott Wave, paras tinggi itu dilabel sebagai sebahagian daripada kitaran pembetulan yang tidak teratur dalam gelombang 4, iaitu gelombang B kitaran ini. Ini bermaksud, untuk melengkapkan kitaran pasaran perlu membuka gelombang C ke arah bawah dan kemudian akan bersedia untuk gelombang impulsif yang lain.
Titik Pivot Mingguan:
WR3 - AS$7,123
WR2 - AS$6,689
WR1 - AS$6,362
Pivot Mingguan - AS$5,868
WS1 - AS$5,578
WS2 - AS$5,080
WS3 - AS$4,863
Cadangan Dagangan:
Carta jangka masa yang lebih besar kini menunjukkan perubahan arah kemungkinan dari penurunan ke arah menaik, jadi hanya kedudukan membeli perlu terbuka pada penarikan semula pembetulan setempat dengan sasaran yang berpotensi untuk semua perdagangan masih dilihat pada tahap AS$ 6,505. Adalah perlu diberi perhatian bahawa, momentum kini berkurangan, sehingga pergerakan pembetulan dapat berlaku dalam tempoh masa yang terdekat (gelombang C pembetulan di gelombang 4).