Dagangan mata wang USD telah memperoleh momentum berbanding GBP baru-baru ini yang mendahului harga untuk menembusi di bawah kawasan 1.30 dengan sesi penutupan harian. Ini adalah isyarat momentum penurunan harga selanjutnya untuk hari-hari yang akan datang. Dagangan mata wang Pound Britain jatuh sedikit pada awalnya untuk memulakan sesi perdagangan pada hari Isnin susulan daripada China mengumumkan tarif yang selanjutnya terhadap Amerika Syarikat.
Pasangan mata wang GBP / USD terus berdagang dalam julat yang kecil iaitu 30-pip yang menuju ke sesi dagangan awal Eropah. Dalam sudut pandangan jauh, data pekerjaan UK mungkin mempunyai kesan terhad di tempat ini, ekoran daripada sentimen pasaran keseluruhan akan terus terjejas disebabkan oleh keadaan risiko Brexit dan perdagangan. Hari ini, laporan Indeks Purata Pendapatan UK akan diterbitkan yang dijangka berkurangan kepada 3.4% daripada nilai sebelumnya iaitu sebanyak 3.5%. Selain itu, kadar pengangguran dijangka tidak berubah pada catatan sebanyak 3.9%. Selain itu, data perubahan jumlah tuntutan dijangka menjadi lebih baik dengan penurunan kepada 24.2k dari angka sebelumnya iaitu sebanyak 28.3k.
Sebaliknya, laporan ekonomi yang tidak memberangsangkan dari Amerika Syarikat dan perang perdagangan yang berterusan dengan China mungkin membawa kepada kelemahan dalam sudut dagangan USD. Para pelabur kebimbangan bahawa Amerika Syarikat dan China mungkin meningkatkan ke dalam perselisihan yang lebih sengit dan berlarutan yang boleh menjejaskan ekonomi global. Ia membawa kepada penjualan yang ketara di pasaran ekuiti pada minggu lalu. Presiden Fed Minneapolis Neel Kashkari berkata: "Sekiranya ia adalah senario terburuk dan tarifnya semakin meningkat untuk jangka masa yang panjang, itu boleh mengubah sesuatu, yang boleh memberi kesan yang nyata kepada pertumbuhan KDNK Amerika Syarikat." Sekiranya diperhatikan dengan lebih teliti spread di antara bon panjang dan jangka pendek menjadi negatif, dilihat oleh beberapa pegawai sebagai isyarat keyakinan pasaran yang lemah dalam pandangan ekonomi.
Pada masa ini, laporan Indeks Perniagaan Kecil NFIB AS akan diterbitkan yang dijangka meningkat kepada angka bacaan sebanyak 102.3 daripada angka sebelumnya iaitu sebanyak 101.8 dan harga import berkemungkinan menunjukkan kenaikan kepada 0.7% daripada nilai sebelumnya iaitu sebanyak 0.6%. Selain itu, Ahli FOMC George dan Williams akan bercakap hari ini tetapi peristiwa ini akan memberi kesan kecil kepada kadar pertukaran dolar AS. Berita ekonomi yang memberi kesan tinggi minggu ini akan menjadi laporan jualan runcit AS yang akan diterbitkan pada hari Rabu. Pakar meramalkan bahawa jualan runcit berkurangan kepada 0.2% daripada nilai sebelumnya sebanyak 1.6%.
Sehingga senario semasa, laporan kesan ekonomi yang tinggi di UK mungkin membawa kepada keuntungan tertentu di sebelah sudut dagangan GBP sekiranya hasil itu mengatasi jangkaan, sementara USD yang lemah mungkin menyebabkan pembetulan dan volatiliti selanjutnya dalam pasangan. Kecenderungan jangka panjang masih memihak kepada USD tetapi keuntungan tertentu di sebelah GBP dijangka sebelum momentum penurunan harga yang lebih pantas lagi.
Sekarang mari kita melihat kepada pandangan teknikal. Harga telah membentuk corak Perbezaan Kenaikkan Harga sambil menolak di bawah kawasan 1.30. Harga mungkin naik lebih tinggi ke arah kawasan 1.30 lagi sebelum sebarang isyarat menurun menunjukkan harga yang lebih rendah pada hari-hari yang akan datang. Berikutan daripada pasangan masih berada di bawah kawasan 1.30 dengan sesi penutupan harian, momentum penurunan harga selanjutnya dijangka memperoleh tekanan dengan sasaran ke arah kawasan sokongan 1.2850.