Analisis teknikal bagi pasangan GBP/USD untuk 13 November 2019

Tinjauan Keseluruhan Pasaran Teknikal:

Pasangan mata wang GBP / USD telah melantun dari tahap sokongan teknikal yang terletak pada tahap 1.2786 dan sekarang kembali ke pertengahan julat. Kecairan kini semakin berkurangan sekali lagi, tetapi momentumn masih sedikit lemah dan hanya sedikit positif walaupun terdapat keadaan 'oversold', jadi pergerakan seterusnya mungkin akan menurun sekali lagi. Sokongan teknikal yang terdekat dilihat pada tahap 1.2705 dan rintangan teknikal yang terdekat dilihat pada tahap 1.2939.

Titik Pivot Mingguan:

WR3 - 1.3033

WR2 - 1.2987

WR1 - 1.2853

Pivot Mingguan - 1.2816

WS1 - 1.2681

WS2 - 1.2633

WS3 - 1.2516

Cadangan Dagangan:

Strategi terbaik untuk keadaan pasaran semasa adalah untuk berdagang dengan aliran jangka masa yang lebih besar, yang menurun. Semua pergerakan menaik akan dianggap sebagai pembetulan tempatan dalam aliran menurun. Untuk membalikkan aliran dari bawah ke atas, tahap utama untuk kenaikkan harga dilihat pada tahap 1.3000 dan perlu jelas ditembusi. Sokongan teknikal jangka panjang utama dilihat pada tahap 1.2231 - 1.2224 dan rintangan teknikal jangka panjang utama terletak pada tahap 1.3509. Selagi harga didagangkan di bawah tahap ini, aliran menurun secara berterusan ke arah tahap 1.1957 dan ke bawah.