Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 25 November, 2019

Gambaran Keseluruhan:

Pasangan mata wang EUR/USD menemui sokongan yang kuat pada tahap 1.1051. sebagaimana rintangan telah bertukar menjadi tahap sokongan. Rintangan yang kuat telahpun ditembusi pada tahap 1.1090 dan pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan cuba mendekatinya untuk mengujinya semula. Pasangan mata wang EUR/USD meneruskan pergerakan menaik dari tahap 1.1051. Hari ini, pasangan mata wang ini melonjak naik dari tahap 1.1051 menghampiri ke tahap 1.1090. Tahap 1.1051 kekal sebagai zon sokongan yang penting. Oleh itu, terdapat kemungkinan bahawa pasangan mata wang EUR/USD ini akan bergerak ke tahap lebih tinggi dan struktur kenaikkan harga tidak kelihatan seperti pembetulan harga. Prospek kenaikkan harga tetap sama, selagi EMA 100 mensasarkan ke arah atas. Pasangan mata wang EUR/USD ini berdagang di atas titik pangsi. Ia mungkin akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi selagi ia kekal di atas titik pangsi. Pesanan membeli dicadangkan dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 1.1090. Penembusan harga pada tahap sasaran tersebut akan mendorong harga untuk bergerak tinggi lagi ke tahap 1.1121. Titik pangsi kekal pada 1.1051. Penting untuk dinyatakan bahawa senario ini akan menjadi tidak sah sekiranya pembalikan harga berlaku di bawah tahap rendah gelombang 2. Penutupan harian di atas tahap 1.1121 akan membolehkan pasangan mata wang EUR/USD ini membuat pergerakan kenaikan harga yang cepat ke tahap rintangan seterusnya di sekitar tahap 1.1152. Walau bagaimanapun, pedagang harus mengawasi tanda-tanda penolakan menurun yang terjadi sekitar tahap 1.1028. Tetapi secara keseluruhannya, saya lebih cenderung terhadap senario kenaikkan pada ketika ini.