Analisis harian indikator Ichimoku cloud Emas

Emas sedang menguji rintangan penting jangka pendek pada indikator tenkan- dan kijun-sen pada $1,570. Penolakan harga di kawasan ini akan membuka jalan untuk harga bergerak ke arah $1,550-45 dengan peningkatan peluang untuk penembusan harga di bawah tahap tersebut. Aliran menaik perlu membuat penutupan mingguan di atas tahap $1,570 untuk mengharapkan lebih banyak lagi kenaikkan pada minggu depan.

Sehingga kini, aliran harga pada carta Harian kekal menaik. Harga kini diniagakan di bawah kedua-dua indikator tenkan- dan kijun-sen, dan ini merupakan isyarat amaran. Sekiranya tenkan-sen (indikator garis merah) melintasi kijun-sen (indikator garis hijau) maka kita mempunyai isyarat penjualan yang lemah. Jika Chikou span (indikator garis hitam) menembusi di bawah pembentukan graflilin, kita akan menerima isyarat menurun yang lain. Isyarat penurunan harga yang paling penting akan penembusan hagra di bawah cloud. Senario paling berpotensi adalah pergerakan harga ke arah sokongan cloud di antara $1,520-40. Senario ini mempunyai banyak peluang selagi harga berada di bawah tahap $1,570-75.