Pasangan mata wang GBP/JPY terus mencapai sasaran pembetulan 50% pada tahap 134.52 tetapi kami masih memerlukan penembusan harga di bawah tahap sokongan kecil 132.72 dan yang lebih penting adalah penembusan harga di bawah tahap sokongan 132.10 untuk mengesahkan bahawa gelombang iv telah selesai dan gelombang v sedang berlaku. Sasaran ideal untuk gelombang v dilihat menghampiri ke tahap 123.04, tetapi apa yang diperlukan adalah penembusan harga di bawah tahap 123.99 untuk memenuhi semua keperluan.
Selagi sokongan kecil pada tahap 132.72 berupaya menghalang penurunan harga, maka kita mesti menerima kemungkinan untuk kenaikan terakhir di atas tahap 134.52 untuk melengkapkan gelombang iv.
R3: 135.50
R2: 135.05
R1: 134.73
Pangsi: 134.30
S1: 133.45
S2: 132.72
S3: 132.10
Cadangan Perdagangan:
Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual GBP dari tahap 134.45 dengan menetapkan pesanan Stop Loss pada tahap 135.45