Gambaran Teknikal Pasaran:
Pasangan mata wang EUR/USD telah mencapai Penarikan Semula Fibonacci 38% pada tahap 1.0913 tetapi gagal melonjak naik selepas corak graflilin Pin Bar dibuat di bahagian atas pergerakan. Sekiranya aliran menaik terus berusaha, maka mereka harus mempertimbangkan halangan yang merupakan rintangan teknikal yang terletak pada tahap 1.0888. Hanya penembsuan harga yang jelas di atas tahap rintangan urusniaga harian ini akan mempercepatkan kenaikkan ke tahap 1.0951. Sebaliknya, kegagalan pasangan mata wang ini untuk menembusi tahap tersebut akan menyebabkan pergerakan yang lebih rendah dan tahap rendah tempatan baru akan dibuat. Sokongan teknikal yang seterusnya dilihat pada bahagian bawah ayunan sekitar tahap 1.0654 dan 1.0635.
Titik Pangsi Mingguan:
WR3 - 1.1359
WR2 - 1.1244
WR1 - 1.0981
Pangsi Mingguan - 1.0872
WS1 - 1.0612
WS2 - 1.0487
WS3 - 1.0228
Cadangan Perdagangan:
Ketakutan akibat wabak coronavirus sangat kuat di kalangan pelabur global dan ia menguasai di pasaran kewangan. Pasangan mata wang EUR/USD kekal diniagakan dalam aliran menurun, namun pembalikan harga yang berkemungkinan adalah apabila pandemik coronavirus dapat diatasi. Sokongan teknikal jangka panjang utama dilihat pada tahap 1.0336 sementara rintangan teknikal jangka panjang utama dilihat pada tahap 1.1540. Hanya jika salah satu daripada tahap ini ditembusi dengan jelas, aliran harga utama mungkin akan diterbalikkan (1.1540) atau dipercepatkan (1.0336).